"Sunat Lagi Scary..." - Azhan Rani Jalani Pembedahan Hari Ini
Asraf Aided
20/01/2022 04:54 MYT
20/01/2022 04:54 MYT
Pelakon Azhan Rani memaklumkan akan menjalani pembedahan tulang skapula sekitar tengahari hari ini.
Menurut Azhan, dia tidak menafikan rasa gementar namun sedikit lega apabila sahabatnya yang juga Pakar Ortopedik memberi kata-kata semangat buatnya.
"Insya-Allah tengahari esok (hari ini) aku akan masuk surgery untuk masukkan plate dekat skapula yang pecah ini. Kata doktor akan ambil masa antara 3 ke 4 jam.
"Kalau tanya memang cuak jugalah, tapi sahabat roomate umrah aku dulu, Pakar Ortopedik di Hospital UiTM cakap, sunat lagi scary dari surgery ini, so aku acah-acah okay saja lah," kongsinya di Instagram.
Sementara itu, pelakon senior popular, Fauziah Nawi mendoakan keselamatan dan kelancaran proses pembedahan Azhan hari ini.
"Moga selamat semuanya, @azhan_rani diberitakan akan masuk bilik pembedahan pukul 2 petang nanti.
"Mendoakan keselamatanmu juga moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan," coretnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen di Instagram dua pelakon itu, rata-rata netizen dan rakan industri turut mendoa serta memberikan kata-kata semangat kepada Azhan.
Pada Selasa, Gempak melaporkan pelakon Beto Kusyairy mengesahkan rakan baiknya itu mengalami kemalangan motosikal pada Isnin.
Beto juga memaklumkan keadaan Azhan yang telah stabil namun masih dalam jagaan pakar.
BACA LANJUT: Azhan Rani Kemalangan Motosikal, Beto Kusyairy Tolong Update Keadaan Terkini - "Dia Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar"
Semalam, Azhan mula muncul di Instagram selepas dua hari kemalangan.
Pelakon berbakat itu berkongsi sedikit keadaan dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang banyak membantu.
BACA LANJUT: "Mohon Jangan Bawa Motor Macam Tu Lagi..." - Azhan Rani Muncul Selepas Dua Hari Kemalangan Motosikal