Hiburan
Suneo Meninggal Dunia Kerana Pneumonia
Pengisi suara Honekawa Suneo yang merupakan salah satu karakter dalam kartun bersiri Doraemon telah meninggal dunia.
Kapan lagi melaporkan, Kaneta Kimotsuki telah meninggal dunia pada 20 Oktober lalu di usia 80 tahun ketika sedang menjalani rawatan penyakit Pneumonia yang kritikal.
Pada awalnya, Kaneta adalah pengisi suara untuk karakter Takeshi Gouda atau Giant.
Namun pada 1979, Kazuya Tatekabe telah masuk menggantikannya sebagai pengisi suara untuk Giant dan Kaneta pula menjadi pengisi suara untuk Suneo.
"Kazuya yang juga aktif sebagai pengisi suara di pelbagai filem anime di Jepun meninggal dunia pada tahun 2005.
"Mereka berdua juga dilihat meninggal dunia pada usia yang sama iaitu ketika usia 80 tahun," kata sumber.
Kaneta juga pernah menjadi pengisi suara untuk beberapa karakter lain iaitu Kemumaki Kemuzou dari Ninja Hattori, Payan dalam P-Man, serta Iyami dalam Osomatsu-Kun.
Olahan: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Kapanlagi
Must-Watch Video