Laman Utama
Sunny Deol Tidak Faham Kenapa Orang Suka Arak, Dedah Punca Tak Minum Alkohol
Aktor Sunny Deol mendedahkan selain tidak merokok, dia juga tidak pernah menyukai minuman alkohol atau arak.
Dalam temu bual bersama Mashable India, Doel juga mengatakan tidak faham mengapa ada segelintir individu begitu ghairah dan terpesona dengan arak.
Berbeza untuk dirinya, bintang yang muncul dengan filem terbaru berjudul Gadar 2 mengaku tidak menyukai arak atas beberapa sebab.
“Saya rasa arak mempunyai bau yang busuk, terlalu pahit dan akan membuat kita sakit kepala. Saya benar-benar tidak faham mengapa ada orang yang menyukai arak,” katanya seperti dilaporkan Hindustan Times.
Deol, 65, bagaimanapun mengaku dia pernah merasai arak namun tidak akan menjadikan ia sebagai ‘minuman wajib’ atau sesuatu yang digemari.
“Saya pernah rasa arak sewaktu hadir ke sebuah majlis di England. Tapi saya hanya tidak dapat menikmatinya. Dan saya tidak faham fungsi arak buat saya,” katanya lagi.
Idola Bollywood itu juga mengatakan tidak ada keperluan buatnya untuk mengambil minuman keras.
Deol berkongsi kisah tidak mengambil arak selepas berbicara mengenai kali pertama dirinya ‘menangkap’ anak lelaki, Rajveer, sedang minum alkohol.
Must-Watch Video