Hiburan

Suntikan Pertama Vaksin COVID-19 Telah Dilakukan, Ujian Ambil Masa Hingga...

gempak
Hanafis Haris
18/03/2020
09:28 MYT
Sponsor Banner
Suntikan Pertama Vaksin COVID-19 Telah Dilakukan, Ujian Ambil Masa Hingga...
Kajian untuk menilai keberkesanan vaksin COVID-19 telah pun menjalani percubaan pertama.
Menerusi laporan Bernama, vaksin yang dihasilkan telah disuntik kepada peserta atau sukarelawan, Isnin lalu.
Menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) Anthony Fauci, ujian klinikal bermula di Kaiser Permanente Washington Health Research Institute (KPWHRI) di Seattle.
Ujian berkenaan membabitkan 45 sukarelawan berusia antara 18-55 tahun.
"Mereka akan menerima jumlah dos yang berbeza-beza.
"Ujian kali ini untuk menilai keberkesanan, manfaat dan keselamatan bagi menentukan sama ada vaksin itu boleh digunakan atau sebaliknya," katanya.
Menurutnya lagi, peserta akan akan menerima dua dos vaksin melalui suntikan intraotot, selang 28 hari.
"Selepas suntikan kedua peserta akan diminta kembali ke klinik untuk pemeriksaan susulan, diikuti pemeriksaan berkala dalam tempoh setahun, kata Fauci.
"Walaupun ujian awal klinikal berjalan lancar, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun hingga 18 bulan sebelum vaksin itu benar-benar dapat digunakan untuk orang ramai," katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live