Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sup Ekor Campurkan Dengan Serbuk Sup Ayam..." - Hetty Koes Endang Kongsi Kenangan Lucu Kali Pertama Belajar Masak Untuk Suami

Ernalisa
09/11/2024 06:55 MYT
Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang berpendapat wanita harus pandai memasak apabila sudah memasuki dunia perkahwinan.

BERITA BERKAITAN: Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

BERITA BERKAITAN: Naqiu Bakal Buat Persembahan Di Acara After Hours With Hetty Koes Endang - “Teruja Satu Pentas Dengan Bunda”

BERITA BERKAITAN: Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

BERITA BERKAITAN: Hetty Komen Nyanyian Kisah Hati Nana Lebih Bagus Daripada Alyah, Netizen Tak Setuju! - "Tak Perlu Downgrade"


Menurut Hetty, walaupun hidup serba moden dan kesibukan masa namun setiap wanita perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Malah Hetty juga tidak malu mengakui dirinya tidak pandai memasak suatu ketika dahulu dan belajar sewaktu ingin mendirikan mahligai bersama suami tercinta.


"Apabila sudah masuk atau memilih untuk berkahwin, kita harus memikirkan apabila kita sudah dilamar itu semua menjadi kewajipan dan seharusnya ada dalam diri seorang isteri.


"Terus terang saya katakan, saya ini tidak pandai memasak. Tetapi apabila saya dipinang, saya fikir saya perlu tahu memasak.

"Wanita atau isteri ini seharusnya pandai memasak untuk menjaga perut suaminya. Itu harus. Ini pandangan peribadi saya," katanya kepada Gempak.


Berkongsi pengalaman kali pertama menyediakan hidangan untuk suaminya, Hetty berkata perkara itu sangat melucukan.

"Kali pertama belajar masak sup ekor. Jadi sup ekornya itu perlu ada rempah-rempahnya bukan?


"Yang lucunya waktu itu, bonda campurkan dengan serbuk sup ayam dan rasanya terlalu masin. Kali pertama belajar waktu itu.

"Jadi bagi saya kudrat wanita harus pandai memasak walaupun masak nasi, masak air atau menu-menu ringkas. Kita mesti cuba dan cuba hingga pandai," katanya.


Dalam perkembangan lain, Hetty akan menggalas tanggungjawab sebagai juri dalam GegarVaganza musim 11 (GV11).

Selain Hetty, barisan juri masih diketuai oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.
Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

GV11 bakal bermula pada 24 November ini, setiap Ahad jam 9 malam, bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di Saluran Astro Ria (104).

;