Skip to main content

Trend Pasaran

Sup Perut RM 20 Sekali Pakej 'Najis', Pembeli Nak Buat Aduan Tapi Peniaga Kata Itu ....

astrogempak_sup_perut_ada_taik.jpg

Tular di aplikasi X apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti dan kebersihan makanan yang dibelinya di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mendakwa sup tulang yang dibelinya mengeluarkan bau busuk ketika dipanaskan semula di rumah.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa terdapat kotoran yang disangka najis pada potongan perut.

“Beli sup perut dengan harga RM20, kononnya kedai itu ramai orang kata sedap. Jadi, kita pun terliur dan cuba beli bungkus untuk makan di rumah.


Tambah individu itu lagi, dia telah menghubungi pemilik kedai berkenaan untuk membuat aduan, tetapi peniaga tersebut menjelaskan ia adalah lemak yang terdapat di dalam perut.

“Saya cuba hubungi peniaga tersebut, dan dia kata itu adalah lemak dalam perut,” jelasnya.

 

Must-Watch Video

Advertisement