MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Viral

Sup Perut RM 20 Sekali Pakej 'Najis', Pembeli Nak Buat Aduan Tapi Peniaga Kata Itu ....

Ainun 14/01/2025 | 07:25 MYT

Tular di aplikasi X apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti dan kebersihan makanan yang dibelinya di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mendakwa sup tulang yang dibelinya mengeluarkan bau busuk ketika dipanaskan semula di rumah.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa terdapat kotoran yang disangka najis pada potongan perut.
“Beli sup perut dengan harga RM20, kononnya kedai itu ramai orang kata sedap. Jadi, kita pun terliur dan cuba beli bungkus untuk makan di rumah.

“Masa nak panaskan sup itu, ada bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut penuh dengan taik,” tulisnya.

Tambah individu itu lagi, dia telah menghubungi pemilik kedai berkenaan untuk membuat aduan, tetapi peniaga tersebut menjelaskan ia adalah lemak yang terdapat di dalam perut.
“Saya cuba hubungi peniaga tersebut, dan dia kata itu adalah lemak dalam perut,” jelasnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa marah terhadap pemilik kedai tersebut kerana didakwa tidak menjaga kebersihan makanan sebelum menjualnya kepada pelanggan.

BERITA TRENDING: Bakal Bernikah Tak Lama Lagi, Jofliam Kini Bahagia! Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi - “Selalu Datang Tapi Tak Pernah Tidur Rumah”

BERITA TRENDING: Wanita Kahwini Patung Mengaku Diri Mengandung

BERITA TRENDING: Kebakaran Di LA: Pemilik Terkejut, Dedah Punca Rumah Agam Terselemat & Tetap Utuh

BERITA TRENDING: Ayez Shaukat Kongsi Pengalaman Hasilkan Filem Emp4t - “Rasa Tuhan Tak Mahu Bantu Sebab Saya Bukan Orang Baik”

Segelintir netizen turut mencadangkan agar individu itu melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:

#Viral #Mahal #Perut #Pembeli #Sup #perniaga #Taik
;