Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suri Cabar Mental & Fizikal Ummi Nazeera - “Bangun Pagi Sakit Badan, Lebam Lebam Sebab…”

Umirah Halim
24/11/2024 12:25 MYT

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi cabaran yang dilalui sewaktu membawa watak Suri dalam drama Andai Tiada Dia.

Watak Suri cabar Ummi

Pertama kali membawa watak seorang wanita yang suaminya disondol, Ummi akui watak ini mencabar dirinya dari segala aspek termasuk fizikal dan mental.

“Ini kali pertama saya bawa watak disondol oleh keluarga sendiri. Drama ini melibatkan saya dan baby daripada episod 1 sehingga episod 36.

“Selalunya saya berlakon hanya diri saya sahaja tetapi untuk kali ini ada baby dan banyak perlu pegang barang.

“Jadi memang mencabar saya punya emosi, mental dan fizikal.

“Esok pagi saya bangun rasa macam kenapa sakit-sakit badan rupanya saya angkat baby seharian.

“Lebam-lebam kaki sebab Hisyam tolak saya. Watak ini memang tidak mudah,” kongsinya kepada Gempak.


ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas

ARTIKEL BERKAITAN: Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

Sementara itu, aktres berusia 34 tahun itu mengakui telah mengamalkan diet bagi bagi menjayakan watak sebagai Suri.

“Untuk cerita ini saya memang diet bagi nampak lebih teraniaya.

“Saya tak pernah kecil sebegini,” kongsinya lagi.

Untuk info, drama adaptasi daripada novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin.

Sinopsis Andai Tiada Dia

'Andai Tiada Dia' mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.

Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.

Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Anda juga boleh tonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan

;