,
Hiburan

Suri Hati Mr. Pilot Buat Neelofa Lebih Hargai Peminat

Kamaruddin Razal
04/04/2017
07:18 MYT
Aktres dan pengacara Neelofa mengakui drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang menggandingkan dirinya bersama aktor Fattah Amin membuatkan dirinya lebih menghargai peminat.
Menerusi drama bersiri tersebut, Neelofa berjaya merangkul dua anugerah di Malam Throwbaek Drama menerusi kategori Heroin Throwbaek dan Kapel Throwbaek. Selain itu, Suri Hati Mr. Pilot juga membawa pulang tiga anugerah lain iaitu Hero Terbaik (Fattah Amin), OST Throwbaek (Selamanya Cinta) dan Drama Throwbaek.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat atas penghargaan di Malam Throwbaek Drama. Kemunculan semula saya dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot meninggalkan impak tersendiri. Sejujurnya, drama bersiri ini banyak mengubah perjalanan karier saya sebagai anak seni.
“Suri Hati Mr. Pilot banyak membuka pintu baru untuk saya. Sepanjang tujuh tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, drama bersiri ini banyak mengubah liku dan perjalanan hidup saya sebagai anak seni dan jua sebagai seorang insan.
“Jika dahulu, saya menghargai dan menyayangi kehadiran peminat, selepas kejayaan drama bersiri tersebut, perasaan itu bertambah. Saya merasakan pelajaran terbesar saya selepas fenomena drama bersiri tersebut adalah saya lebih menghargai mereka,” kata Neelofa kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Neelofa turut memutuskan untuk kembali bergiat dengan lebih aktif dalam bidang lakonan berbanding dahulu.
“Jika sebelum ini saya sering memfokuskan kerjaya saya dalam bidang pengacaraan dan perniagaan, selepas ini saya juga harus memikirkan mengenai dunia lakonan.
“Saya akan memilih untuk berlakon dalam satu drama bersiri setahun untuk mengekalkan momentum tersebut. Ini semua tanda penghargaan saya kepada peminat,” katanya lagi.
Pada pertengahan April, Neelofa bakal kembali ke set penggambaran telefilem Suri Hati Mr. Pilot Raya bersama Fattah Amin. Neelofa juga bakal terlibat dalam drama bersiri Red Velvet bersama Alif Satar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.