"Suruh On Oven Tapi Aku Pergi Buat Announcement..." - Neera Azizi

Badrul Hashim
Julai 15, 2020 23:15 MYT
Pelakon dan model, Neera Azizi atau nama sebenarnya Nurazneera binti Azizi berkongsi cerita bahawa dia sudah berhenti menjadi pramugari untuk penerbangan Malindo.
Dalam satu entri di Instagramnya, Neera memberitahu sebab utama dia berhenti adalah kerana dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang lakonan.
"Kejadian yang still tak boleh dilupakan. Time ni instructor suruh aku on oven tapi aku pergi buat announcement (oven and announcement dekat-dekat jela kot bunyi) masa ni tengah kursus and buat aircraft visit.
"Otak tengah tak berapa betul sebab dah pukul 3pagi. Okay ramai sangat tanya I still fly ke? Dah resign ke? Dh tak shoot ke?," tulis Neera tentang perkara yang sering ditanya oleh peminat-peminatnya.
Menurut Neera dia sudah berhenti daripada syarikat penerbangan Malindo dan sekarang ingin fokus kepada bidang lakonan yang diminatinya.
"Now I nak bagitau yes I dah resign malindo. I sekarang focus acting. Why resign? Cuz dapat offer shoot drama back to back. Alhamdulillah since resign till now my job tak putus.
"Rindu nak fly? Sometimes rindu. I suka je fly tapi my passion more to acting. If suruh pilih fly dgn acting, of course 100% I pilih acting sebab dari kecik itu la minat I," tulis Neera tentang minat berlakonnya.
Tambah Neera lagi, ada juga yang masih bertanya jika dia masih ingin terbang sebagai pramugari, tetapi menurutnya masa dan kesempatan tidak begitu sesuai buat masa ini.
"Dengan covid semua lagi so airlines banyak minimum kan crew mereka and of course dah tak ambik yang nak rejoin.
"Dah tu je yang I nak share. Layanlah video I kena marah tu," tulis pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu lagi.
Neera Azizi merupakan adik kepada pelakon dan finalis Dewi Remaja Zeera Azizi yang juga merupakan bekas pramugari untuk penerbangan tambang murah AirAsia.
#pelakon #Pelakon #Neera Azizi