Nia Ramadhani antara selebriti yang sering berkongsi kisah unik mengenai dirinya hingga tular dalam kalangan netizen.

Terbaharu, dedah Nia memberitahu pernah berdepan detik sukar apabila perlu ke sekolah dengan menaiki van tambang yang dipanggil angkot berkali-kali.

"Tahu tak perjalanan saya dari rumah untuk keluar menimba ilmu sangat sukar pada waktu dulu.

"Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk menaiki van, sampai ke Pondok Labu, kemudian ditukar lagi ke van warna putih untuk ke D02.

"Dari D02 ke Stadion Lebak Bulus, di sana ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah," katanya menerusi temu bual Nyonya Boss.

Justeru, Nia berpesan kepada penonton agar sentiasa bersyukur dan yakin akan tiba masanya untuk merasai kesenangan asalkan berusaha.

"Buat semua yang pernah merasai apa yang pernah aku rasa, tenang saja. Kita tak selalunya di situ.

"Ya bergantung, kita mungkin di situ kalau tidak melakukan apa-apa. Teruskan usaha dan jalan terus yang penting kamu tahu apa yang kamu mahu," tambahnya.

Sumber: Kapanlagi
Foto: Carian Google