BERITA
“Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak”- Elizad Terima Suntikan IVF Pertama
Pelakon dan pengacara, Siti Elizad Sharifuddin akhirnya menjalani suntikan pertama untuk rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF).
Menurut Elizad mulai hari ini dia akan memulakan proses suntikan IVF di rumah sendiri sambil dibantu suaminya, Shamsul Baharin Rahman.
“Bismillahhirrahmanirrahim . Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ni check darah .
“Sambil tu doktor dan dan nurse ajar suami cara nak suntik dekat bahagian perut .
"Jadi hari ni hari pertama kami . Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri , doakan kami ya.
“Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu,” katanya.
Penyanpai radio Sinar itu berkongsi perkara tersebut di akun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat baik foto dan rakaman video ketika rawatan tersebut.
Tambah Elizad lagi bukan mudah untuknya menimang cahaya mata apabila perlu melalui pelbagai proses.
“Susahnya nak dapat awak ni anak . Harap awak tengok lah video dan gambar-gambar macam mana ’struggle’ saya nak dapatkan ‘awak’ .
“ Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni , juga buat mereka yg senasib dengan saya,” luahnya lagi.
Terdahulu Elizad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk melalui proses IVF selepas 5 tahun mencuba mendapatkan zuriat.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Must-Watch Video