UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
BERITA

Suspek Kes Bunuh Norshamira Ada Enam Rekod Kes Judi - Polis

Gempak 18/02/2025 | 01:55 MYT

Suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37 yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lalu didapati mempunyai rekod jenayah berkait kes judi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki berusia 53 tahun itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan tiada rekod jenayah lain.
Menurutnya, suspek juga dipercayai tiada tempat tinggal tetap dan sentiasa berpindah tempat.
"Siasatan kes ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan perjudian dan tidak pernah menjalani hukuman atau dipenjarakan.

BERITA BERKAITAN: Video Detik Akhir Norshamira Cari Rezeki Buat Netizen Sebak, Ramai Kongsi Pengalaman Pernah Beli Sambal Arwah - “Lemah Lembut Orangnya”

BERITA BERKAITAN: Suspek Kes Bunuh Norshamira Sempat Gadai Gelang Emas Bernilai RM30,000

BERITA BERKAITAN: Suami Norshamira Pernah Jumpa Suspek, Tak Sangka Ada Niat Buruk

BERITA BERKAITAN: Suspek Kes Bunuh Peniaga Wanita COD Sudah Ditahan, Polis Rampas Wang Tunai & Cincin

Penganggur itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga 21 Februari depan selepas berjaya ditangkap di Kuala Terengganu.
Susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian

#Bunuh #Kes #Suspek #Norshamira