,
Filem

Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

Mya Amri
21/08/2024
02:26 MYT
Filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man menjadi antara karya yang paling dinantikan di negara ini.

Kolaborasi dengan jenama minuman terkemuka

Walaupun penayangannya bukan dalam masa terdekat namun Keluang Man sudah mula menjadi sebutan netizen sejak hari pertama pengumuman pelakon yang membintangi filem ini.

Terbaharu, Astro Shaw sekali lagi membuatkan penggemar filem superhero tidak senang duduk apabila mengeluarkan teaser baharu mengenai sut atau pun kostum Keluang Man.

Lebih istimewa lagi, sut Keluang Man itu menjalinkan kolaborasi dengan jenama minuman terkemuka.

Sut Keluang Man jadi sebutan

Video pendek yang dipaparkan menerusi hantaran terbaharu di Instagram Astro Shaw itu juga sudah cukup membuatkan ramai yang tidak sabar menunggu hari sut lengkap itu didedahkan.
Teaser yang menampakkan beberapa bahagian sut seperti tangan, tali pinggang dan topeng itu ternyata menerima pujian netizen.
Rata-ratanya mengatakan sut tersebut sudah pasti akan kelihatan hebat selepas disarungkan oleh pemegang watak utamanya iaitu Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar.
Sut penuh Keluang Man akan didedahkan sepenuhnya pada Jumaat ini, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN:Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Realisasikan Live Action Superhero Ikonik Malaysia, Ini Antara Sebab Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man - “Dia Memiliki Ciri-Ciri Dan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Nas Muammar Zar Jadi Keluang Man, Ini Fakta Animasi Adiwira Yang Mengangkat Martabat Pesakit Mental

Selain Nas, turut tiga watak utama lain yang membintangi filem ini adalah Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor dan Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.
Filem ini diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Keluang Man dijadualkan tayangannya pada 2025.
Untuk info, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjayamencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Sinopsis:
Keluang Man memaparkan kisah tentang seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam membenteras jenayah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.