,
Keluang Man

Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

Firdaus
12/01/2024
12:55 MYT
Pelakon Nas-T mendedahkan dirinya lebih mencari kepuasan dalam lakonan setelah lama berada dalam industri hiburan.
Menurut Nas atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar memberitahu dirinya tidak melakukan lakonan hanya untuk pekerjaan semata-mata sebaliknya memilih watak yang berkualiti untuk memuaskan penonton.

BERITA TRENDING: Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”

“Sebagai seorang pelakon yang dah lama macam saya ni dah lebih kurang 15 tahun dalam bidang lakonan, saya mencari kepuasan bila berlakon, saya tak kejar job.
“Jadi saya buat ni sebab saya nak mainkan sesuatu watak yang lain daripada lain. Saya nak cari lagi watak yang boleh memuaskan diri saya dan memuaskan penonton apabila mereka tengok saya, itu misi saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, pelakon Keluang Man tersebut sempat berkongsi pengalaman berlatih demi menjayakan watak adiwira terkenal tanah air berkenaan.
“Memang sangat susah, ada hari nak pergi training pun berdebar, luka tu biasa, tapi benda tu normal, kita nak beri yang terbaik untuk untuk filem Keluang Man.
Kita akan buat satu benda yang level up jadi penonton boleh harapkan benda yang gempaklah, InsyaAllah,” katanya.
Sekadar info, Nas-T baru-baru ini diumumkan sebagai pelakon utama filem Keluang Man.
Filem itu akan memulakan penggambaran pada tahun 2024 dan dijadualkan tayangan pada 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.