Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Swafoto Jofliam Bersama ‘Dewi’ Tular, Netizen Mulakan ‘Operasi Serang’ Wanita Didakwa Punca Konflik Berlaku - “Saya Tahu Ada Gambar…”

Asyikin Mayudin
01/10/2024 02:55 MYT
Kisah rumah tangga pempengaruh dan usahawan Jofliam dan isterinya yang dikenali sebagai Cik Epal kini menjadi perbualan hangat netizen di sosial media sejak semalam.

Identiti sebenar Dewi

Ia berikutan pendedahan daripada Jofliam yang mendakwa dirinya dituduh berlaku curang terhadap isterinya dan konflik yang timbul disebabkan fitnah melibatkan pekerja wanitanya bernama ‘Dewi’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah Curang Dengan Staf Sendiri? Jofliam Tampil Pertahan Diri - “Setelah Saya Sedar, Saya Dengan Cik Epal Bukan Lagi Suami Isteri.."

ARTIKEL BERKAITAN: Pizza Jofliam Wakil Malaysia Bertanding Di Itali, Dapat Top 4 Daripada 50 Seluruh Negara!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Ternilai Harga Cinta & Setia Dia” - Hadiahkan Jam Hampir RM100,000, Ramai Puji Cik Epal Tak Berkira Dengan Suami

Selepas pendedahan yang dibuat menerusi Instastory, netizen mulakan ‘operasi’ mencari identiti sebenar wanita yang dikenali sebagai Dewi itu.

Malah tular di laman sosial beberapa foto Jofliam bersama seorang wanita yang dipercayai Dewi.

Netizen mula ‘menyerang’ Instagram Dewi memandangkan foto yang tular itu dimuat naik di Instastory wanita tersebut.

Nafi curang

Menafikan dirinya berlaku curang seperti yang didakwa, Jofliam menerusi Instastory menyedari foto mereka namun menjelaskan ia baru sahaja dirakam ketika trip kerja ke Milan, Itali.

“Saya tahu ada gambar yang viral baju sama warna. Ada gambar selfie. Tapi itu ketika trip sekarang.

“Dan sekarang pun saya tak ada apa-apa hubungan pun. Bila masa pula saya curang ni?” kata Jofliam yang kemudiannya memadam perkongsian tersebut.

Terdahulu, Jofliam meluahkan rasa kecewa apabila dirinya difitnah dan mendedahkan semuanya berpunca apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.

Malah, bapa dua anak itu turut mendedahkan salah seorang staf telah menuduh dia berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.

Tidak terhenti disitu, usahawan piza itu turut mendedahkan dia, Cik Epal dan Dewi sudah bersemuka untuk menjernihkan segala sengketa.

#Netizen #Dewi #Jofliam #Cik Epal #Jofliam Cik Epal #Jofliam pizza
;