Antara ramai selebriti yang hadir pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019), pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sememangnya menjadi tumpuan ramai.
'Chemistery' mereka bersama ketika menyampaikan anugerah bersama Aiman Tino memang tidak dapat dinafikan. Lirikan mata dan senyuman antara satu sama lain membayangkan mereka sedang bahagia bercinta.
Pada entri di Instagram masing-masing, Aiman dan Zahirah turut memuat naik gambar mereka berdua yang hampir serupa.
"SWAG: She Wants A Gentlemen", tulis Aiman membayangkan dialah lelaki yang layak untuk Zahirah.
"A million bucksss at MELETOP'19 with my favourite," tulis Zahirah beserta tanda hati di Instagramnya menandakan mereka pasangan yang sepadan.
Rata-rata meninggalkan komen yang positif untuk mereka berdua di ruangan komen dan mendoakan agar mereka cepat berkahwin.
"Steady!!! Emcee wedding nanti roger k," tulis Radin dari Radio Era.
"Kahwin cepat tahun depan boleh tercalon couple meletop," tulis ahsiraazmi.
"Harap-harap sampai ke jinjang pelamin," doa iam_megakru.
Kredit Gambar: Instagram
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.