"'Sweet' Bukan Nama Gedik, Itu Nama Panggilan Dari Dalam Perut Mama Lagi" - Sweet Qismina Cerita Susur Galur Nama

Amri Hassan
Ogos 27, 2021 06:05 MYT
Pelakon Sweet Qismina menegaskan panggilan Sweet bukan nama gedik seperti yang sering disalah anggap oleh kebanyakan orang.
Tegas pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, dia terpaksa tampil menjelaskan susur galur panggilan nama 'Sweet' bagi menjelaskan kekeliruan.
"Setiap kali interview atau jumpa orang mesti soalan ni famous.
"Sweet tu bukan nama gedik! Itu panggilan dari dalam perut mama lagi. Bermula apabila dia bertemu doktor untuk check up.
"Bila doktor cakap mama akan dapat anak perempuan, itulah mulanya dia memanggil saya dengan nama Sweet sebagai nama manja.
"Satu keluarga saya panggil saya dengan nama Sweet dan itu bukan nama pentas saya ya. Jadi, anda bertuah dapat panggil nama manja saya," jelasnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka itu mengakui ramai yang keliru untuk memanggilnya dengan panggilan mana.
"Not trying to be over or what but, I faham people sometimes rasa “awkwardfor calling me Sweet & called me Qismina instead.
"But please, Sweet is what people in entertainment line has been calling me & I feel more comfortable with that atau sebut je Sweet Qismina ok?
"I suka “Qismina” tapi I rasa pelik sebab when I talk, I’ll refer myself as “Sweet” and you pulak call me “Qismina”, so macam tak sync & this happened banyak kali especially during interviews.
"Dulu i biarkan sebab tak berani nak tegur but I’m so sorry till now I still rasa tak selesa," tambahnya.

Not trying to be over or what but, I faham people sometimes rasa “awkward” for calling me Sweet & called me Qismina instead. But please, Sweet is what people in entertainment line has been calling me & I feel more comfortable with that ??? Or sebut je Sweet Qismina ok? ?

— Sweet Qismina Official (@Sweetqismina) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pelakon #Viral #Sweet Qismina #NAMA #Pusaka #PKP #Mama