"Semut berkawad hoora hoorey. Manis benar!" itu antara pujian peminat untuk pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin ketika masing-masing berbalas ucapan sempena ulang tahun kelahiran Fattah ke-27 tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Pada mulanya Fazura mengemaskini Instagramnya dengan memuat naik gambar Fattah tersenyum berserta ucapan selamat hari lahir.

"Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu dengan takdir di dunia dan akhirat. Amin Allahuma Amin," tulis Fazura.

Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati mu dengan takdir kebaikan di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin. ??????

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


10 minit kemudiannya, Fattah membalas ucapan Fazura bersama hadiah istimewa yang diberikan biarpun berpisah jarak antara benua.

"Amin, terima kasih yang paling manis. Thanks for the gift," balas Fattah.

Umum mengetahui Fazura kini berada di Eropah untuk penggambaran filem Ayat Ayat Cinta 2 selain menghadiri New York Fashion Week di New York, Amerika Syarikat, manakala Fattah masih di Kuala Lumpur sedang aktif dengan penggambaran drama terbaharu, Coffee Prince.

Tidak cukup dengan berbalas-balas ucapan, Fattah juga sebenarnya menerima sedulang besar coklat pelbagai jenis, 50 kuntum bunga ros merah dan kad ucapan berbentuk hati daripada Fazura ketika kejutan hari jadinya.

Hadiah istimewa itu pula bertulis 'My Fattah YPC' yang membawa makna ganti diri Fattah iaitu Yang Paling Comel.

Manakala, menurut tafsiran peminatnya 50 kuntum bunga ros merah itu signifikan kepada unconditional love (cinta sejati tanpa had atau sempadan).

❤️Sweet surprise from his one and only YPM @missfazura ?#FattahAmin #Fattzura #HappyBirthdayFattahAmin #FattahTurns27 #fattastic #Fattahrians #lotslove ? . Repost from @fantalovesfanti @TopRankRepost #TopRankRepost MAAF, CAPTION TIDAK DIPERLUKAN ❤ CREDIT @sr.mywarm_oven_ #HappyBirthdayFattahAmin #FattahTurns27 #Fattzura @fattahaminz @missfazura

A post shared by Bellerrina? (@bellerrina2) on


❤️Sweet surprise from his one and only YPM @missfazura ?#FattahAmin #Fattzura #HappyBirthdayFattahAmin #FattahTurns27 #fattastic #Fattahrians #lotslove ?Credit @zaza_dvl

A post shared by Bellerrina? (@bellerrina2) on


Mungkinkah akan ada kejutan lain lagi apabila pulangnya Fazura ke tanah air kelak? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @bellerina2, @missfazura @fattahaminz