Sweet! Foto Menarik Sekitar Bulan Madu Ude & Izreen Azminda Di Bali

Kamaruddin Razal
April 22, 2018 22:53 MYT
Aktres Izreen Azminda dan suaminya, pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi bulan madu mereka.
Menerusi kemas kini laman Instagram milik Ude dan Izreen beberapa hari lalu, pasangan ini memuat naik foto kenangan manis mereka berbulan madu di pulau pelancongan popular itu.
Selain memuat naik gambar swafoto bersama, mereka turut berkongsi foto pemandangan indah di sekitar Bali.
Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis perkahwinan tertutup di Damansara.
Sebelum ini, Ude yang mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 tetapi berpisah pada 22 Mac lalu.
Izreen pula mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dan pernah bernikah dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012. Mereka bercerai pada Jun 2014.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ude & Izreen
#pelakon #Izreen Azminda #Pelakon