Bekas pengacara TV dan sosialit popular, Marion Caunter meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama suami, ahli perniagaan SM Nasarudin semalam.

Menerusi Instagram, Marion berkongsi beberapa foto sweet yang dirakam bersama suami tercinta.

Pada masa yang sama, beliau juga mendedikasikan kata-kata manis buat Nasarudin.

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-10 husbandku, satu dekad bersamamu. Saya dah cakap sebelum ini, tetapi saya mahu cakap lagi, tiada siapa yang saya mahu meluangkan masa bersama dalam tahun ini.

"Saya akan sentiasa bersama kamu ketika baik dan buruk, I love you baby, we did it!" tulis Marion sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, Marion menerima ucapan daripada rakan-rakan rapatnya serta para pengikut yang lain.

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter)


Imbas kembali, Marion dan Nasarudin mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.