Pelakon Sweet Qismina berkongsi pengalaman membawa ibunya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Qismina, ibunya tidak gentar dan gembira sahaja ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PVV) yang dikunjungi.

"Kita saja record sebab nak tengok reaction mama kita, tapi mama kita ni pelik sejenis happy betul dapat vaksin, Alhamdulillah!

"Setakat ini dia cakap tak sakit, tak ada kesan sampingan lagi, ni tengah happy makan sambil tengok k-drama," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Qismina juga berkongsi beberapa tips untuk menguruskan ibu bapa mendapatkan vaksin di PVV yang terlibat.

Antara yang dikongsi, anak-anak boleh membawa ibu bapa ke PVV untuk meneman atau membantu jika perlu.

Selain itu, jika mahu mengambil gambar atau merakam video, kebenaran harus diminta terlebih dahulu.

Qismina juga memesan orang ramai untuk menyediakan kad pengenalan dan sentiasa buka aplikasi MySejahtera sepanjang proses temujanji.

Perkongsian itu menarik perhatian para pengikut Qismina.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan terhibur melihat reaksi ibu Qismina yang gembira menerima vaksin COVID-19.

A post shared by ?فرهنا قيسمينا سوڤندي? (@sweetqismina)