Pelakon Izreen Azminda berkongsi ucapan sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Menerusi entri di Instagram, Izreen berkongsi gambar Ude dan mendoakan kesihatan suaminya.

"Happy Birthday My Dear Husband. Semoga diberi kesihatan yang baik dan makin makin makin dimurahkan rezeki.

"Dipanjangkan usia dan sentiasa dibawah rahmatNya," tulisnya.



Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.