Sweetnya, Suami Adakan Majlis Hari Lahir Untuk Yasmin Hani

Mya Amri
Jun 14, 2017 03:57 MYT
Pelakon Yasmin Hani telah menyambut majlis hari lahirnya yang ke-38 pada 11 Jun lalu.
Majlis istimewa yang diadakan di Colosseum, Kuala Lumpur itu telah dirancang oleh suaminya, Shaarin.
Yasmin yang kelihatan cantik menyarungkan busana berwarna hitam sedondon bersama suami tersayang, meluahkan rasa terharu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih kerana menganjurkan majlis sambutan hari jadi untuk saya, sayang. Dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak menjadikan majlis ini lebih seronok dan sweet,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi beberapa foto yang dikongsi oleh Yasmin, aktres itu kelihatan sangat gembira dan tersenyum manis sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sekitar majlis tersebut yang diambil menerusi IG @thespaceexperiment:
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Yasmin Hani #Sambutan Hari Jadi