Viral
“Syabas Untuk Pereka Grafik” - Netizen Teruja Dengan Rekaan Baharu Logo Tahun Melawat Malaysia 2026
Tular di aplikasi X apabila netizen memuji logo Tahun Melawat Malaysia yang kelihatan menarik.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Giarc Nibisna, dia menyatakan logo terbaru untuk Tahun Melawat Malaysia kelihatan cantik dan comel.
“Cantiknya logo Visit Malaysia 2026,” tulisnya menerusi aplikasi X.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut, menyatakan logo kali ini memberi sentuhan baharu dan segar.
Pada masa sama, ada juga segelintir netizen turut memuji logo tersebut mempunyai elemen tradisional yang digunakan, seperti motif kain batik dan maskot beruang matahari yang comel.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Untuk maklumat, beruang matahari dipilih untuk menjadi mascot dan ikon bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Mascot ini juga diberikan nama Wira (beruang jantan) dan Manja (Beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.