Terbuka Dengan Kritikan Buka Baju, Hariz Hamdan Anggap Komen Sebagai Panduan - “Saya Sebagai Seorang Pelakon, Saya Okay”
Pelakon Hariz Hamdan mengakui dirinya tidak kisah jika lakonannya memerlukan dia melakonkan babak yang memaparkan tubuh badannya.
Menurut Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, dia tidak mempunyai masalah melakonkan babak sedemikian, asalkan komen yang diterima tidak bersifat menghina tubuh badannya atau menjadi mangsa buli siber.
“Asalkan bukan body shaming ataupun buli siber saya okay sahaja jika lakonan saya perlukan untuk buka baju.
“Kalau komen itu membangunkan saya sebagai seorang pelakon saya okay je,” katanya kepada Gempak.
Hariz berkata demikian ketika menghadiri Majlis tayangan Gala Sahak Gengster di GSC Tropicana Garden, Damansara baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia turut mengakui pernah menjadi mangsa body shaming, namun dia tidak terlalu mempedulikan perkara tersebut.
Bagi aktor tersebut, dia lebih gemar memilih untuk mengabaikan hal-hal negatif yang tidak membantu perkembangan kerjayanya sebagai pelakon.
Sebaliknya, dia hanya memberi perhatian kepada perkara-perkara positif yang boleh membantunya memperbaiki dan meningkatkan kemampuannya dalam dunia lakonan.
“Saya pernah la juga kena body shaming. Tapi bagi saya, perkara sebegitu saya tidak ambil peduli.
“Benda benda yang tidak membangunkan saya sebagai seorang pelakon, saya tidak layan.
“Untuk saya, saya hanya tengok perkara-perkara yang positif yang membuatkan saya boleh menambah baik dalam dunia lakonan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Hariz memahami setiap pelakon pasti akan menerima pelbagai maklum balas daripada penonton, baik pujian mahupun kritikan.
BERITA TRENDING: Ernie Zakri Dipilih Jadi Penyanyi Lagu Tema Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 – “Ini Momen Terbaik Yang Saya Kecapi”
BERITA TRENDING: “Apabila Melihat Beatrice Chitra Mengucap Syahadah Ketika Dia Memeluk Islam, Saya Tahu…” - Uzair Haqimy
BERITA TRENDING: “Pukul 10 Pagi Polis Ketuk Pintu Rumah, Aku Buka Terkejut…” - Mamak Puteh
BERITA TRENDING: Comelnya! Beruang Matahari Dipilih Ikon, Maskot Visit Malaysia 2026
Dia terbuka untuk menerima kedua-duanya kerana setiap komen boleh menjadi panduan untuk memperbaiki diri.
“Setiap pelakon pasti menerima maklum balas daripada penonton, sama ada positif atau negatif. Bagi saya, saya terbuka untuk menerima apa sahaja komen, kerana ia membantu saya memperbaiki kemahiran lakonan.
“Komen seperti itu memberi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan kemampuan dalam dunia lakonan,” ulasnya.