Laman Utama

Syada Amzah Buka Mulut Isu Kakak, Parents Cerai - "Itu Darah Daging Kita, Tapi Orang Luar Pula Yang ..."

gempak
Asyikin Mayudin
12/08/2023
01:45 MYT
Sponsor Banner
Syada Amzah Buka Mulut Isu Kakak, Parents Cerai - "Itu Darah Daging Kita, Tapi Orang Luar Pula Yang ..."
Majlis pernikahan Shila Amzah dengan pempengaruh Ubai dan kisah perceraian bapa penyanyi itu iaitu Datuk ND Lala dengan bekas isterinya masih menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah turut meluahkan rasa kesal apabila pendekatannya untuk berdiam diri tanpa menjawab pertanyaan berkaitan isu yang sedang diperkatakan menjadi persoalan ramai pihak.
“Tak jawab interview, orang kata kita sombong, jawab interview orang kata kita lebih sudu dari kuah. Jadi, kita kena buat apa sebenarnya?” soal Syada.
Dalam perkongsian yang sama, Syada turut menegaskan segala isu yang melibatkan hal keluarganya tidak sepatutnya dicampuri oleh pihak luar.
“Isu parents, isu kakak. Itu darah daging kita. Tapi orang luar pula menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family? My brain is not braining,” kata Syada lagi.
Difahamkan kenyataan ini ditujukan kepada netizen yang mempersoalkan setiap tindakan Syada.
Namanya mula menjadi perbualan ramai kerana dilihat tidak memuatkan status atau gambar-gambar perkahwinan kakaknya Shila Amzah dengan Ubai pada 5 Ogos lalu.
Malah dia juga didakwa tidak turut serta pada sesi bergambar keluarga dan dipercayai mengikut bapanya meninggalkan majlis akad nikah selepas selesai doa.
Syada sebelum ini pernah menafikan ibunya, Fauziah Sarman memfailkan penceraian terhadap bapanya.
Pada Rabu lalu, Fauziah mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos.
Fauziah menerusi hantaran di Instagram memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid Ar Rahman, Bangsar, di sini, dan dia dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp pada Selasa lalu.
BACA SINI: 34 Tahun Kahwin, ND Lala Akhirnya Ceraikan Isteri Melalui WhatsApp
BACA SINI: Datang Sebentar, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Akad Nikah Shila & Ubai
BACA SINI: "Kes Ini Masih Belum Selesai..." - Syada Amzah Nafi Ibunya Ke Mahkamah Failkan Perceraian Terhadap ND Lala
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live