Laman Utama

Datang Sebentar, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Akad Nikah Shila & Ubai

gempak
Syafiqah Jalal
05/08/2023
03:59 MYT
Sponsor Banner
Datang Sebentar, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Akad Nikah Shila & Ubai
Bapa kepada pengantin perempuan, Datuk ND Lala dilihat hanya menghadiri sebentar sahaja majlis pernikahan anaknya, Shila Amzah dan Ubai yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pagi tadi.
Namun sebaik menikahkan pasangan itu, ND Lala dilihat bergegas meninggalkan majlis akad nikah tanpa menunggu sesi bergambar bersama keluarga.
ND Lala atau Amir Amzah Salleh hadir pagi tadi dengan baju melayu berwarna putih, mengikut tema majlis hari ini.
Malah beliau juga dilihat mengelak pihak media yang menunggu di luar dewan majlis dan kerana tiba-tiba hilang disyaki sudah meninggalkan majlis.
Sementara itu, ibu Shila, Fauziah Sarman yang ditemui turut enggan untuk ditemu bual media
Terdahulu, rumah tangga ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, 62, berdepan kontrovresi selepas didakwa sudah berkahwin dua dengan wanita dikenali Siti Munirah Abdul Ghani yang dikatakan kawan sekolah Shila.
Ia berikutan pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit di Instagram yang dipercayai sebagai ‘orang ketiga’ dalam kemelut hubungan rumah tangga yang dibina selama tiga dekad dengan suami tercinta.
Pada 3 April lalu pula, Fauziah juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi yang ditemani adik perempuannya dikenali Effi difahamkan untuk memfailkan perceraian.
BACA: Shila Amzah Sah Milik Ubai, Terima Mas Kahwin RM20,000​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024