Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

Amri Hassan
05/10/2024 05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.

BERITA TRENDING: #GimmeTheMicMY: Menang Anugerah Mingguan Sebanyak 3 Kali, Syaffiq Sahli Salur Kepada Anak Yatim – “Saya Cuma Ambil Saja”

Kata Syaffiq, 38, Ajai membuat tawaran itu sejurus selesai program Gimme The Mic Malaysia 2024 dan perkara itu baru sahaja dibincangkan pada minggu lalu.

"Ajai ada menawarkan tawaran untuk buat lagu dengan dia dan kemungkinan akan ada satu lagi projek lain jika ada rezeki.


"Hari Isnin kami dah berbincang fasal dan saya sangat teruja dengan perkara berkenaan.

"Selepas program Gimme The Mic, Ajai terus jumpa nak berbincang untuk berkolaborasi hasilkan sebuah single untuk saya," katanya.

Sementara itu, Syaffiq memberitahu dia terkejut apabila melihat jumlah peratusan undian bagi program Gimme The Mic Global 2024 menunjukkan dia berada di tempat teratas daripada 84 peserta seluruh dunia.

"Saya terkejut, pada awalnya saya ingatkan boleh berada dalam top 10 sahaja.

"Tapi bila tengok peratusan undian semasa saya nombor satu dan sangat jauh meninggalkan undian peserta kedua," ujarnya.

BERITA TRENDING: "Babak Bercium? Saya Masih Waraslah!" - Syaffiq Sahli Tolak Filem Antarabangsa, Sedar Hukum Syarak

Dalam pada itu, Syaffiq bercadang untuk ke Bali, Indonesia bagi memperluaskan lagi namanya untuk meraih lebih banyak undian.

Untuk rekod, Syaffiq menduduki tempat keempat dalam pertandingan Gimme The Mic Malaysia untuk melayakkannya bertanding ke peringkat global.

BERITA TRENDING: Semakin Kurus & Tiba-Tiba Kepala Dah Botak, Kenapa Dengan Syaffiq Sahli?

#Penyanyi #Viral #Ajai #Komposer #Lagu #Global #Undian #Syaffiq Sahli #Gimme The Mic
;