HIBURAN
Syafiq Kyle Syukur Diberi Peluang Ramadan Bersama Isteri - “Tahun Lalu Saya Berpuasa Seorang Diri & Sambut Raya Di Makkah Tunai Umrah”
Pelakon, Syafiq Kyle meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa bersama isterinya, aktres Mimi Lana.
Berpuasa bersama isteri
Ditanya mengenai kenyataan Mimi sebelum ini iaitu berkahwin kerana mahu menjalani ibadah puasa bersama, Syafiq berkata, perkara tersebut mungkin berkat doanya ketika menunaikan umrah tahun lalu.
“Tahun lepas saya berpuasa seorang dan sambut Hari Raya Aidilfitri di Makkah dengan menunaikan umrah.
“Mungkin itu adalah doa saya iaitu mahu puasa seterusnya lebih manis dan Allah SWT bagi. Alhamdulillah itu pun doa emak saya juga. Perkara baik seperti ini wajar kita raikan,” ujarnya.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana episod akhir Gadis Masa di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Doa yang baik-baik
Berkongsi mengenai kehidupannya sebagai suami, Syafiq mengakui gembira dan terdapat sedikit perubahan terutamanya selepas memiliki isteri yang boleh menyediakan keperluannya di rumah.
“Kalau nak cakap perubahan terbesar selepas bergelar suami, macam tiada apa sangat sebab tak sampai sebulan lagi cuma seronok setiap hari ada orang hidang nasi di rumah.
“Alhamdulillah doa baik-baik anda semua yang sentiasa ada dengan saya ini membawa saya dan Mimi ke jenjang pelamin.
“Tapi saya akui sekarang kami berdua sibuk, nak bercuti pun tak sempat lagi. Insya-Allah lepas raya kami bercuti.
"Ramadan kali ini, saya tidak terikat dengan sebarang penggambaran, jadi saya boleh lebih fokus pada perniagaan.
“Mimi juga baru melancarkan produk barunya, jadi dalam tiga hingga enam bulan pertama ini, kami memberi tumpuan kepada perniagaan masing-masing.
“Insya-Allah, selepas Aidilfitri, kami juga akan bekerjasama dalam satu projek bersama," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle Hormati Kedua Pihak Keluarga - “Kami Ambil Pendekatan Untuk Isytihar Pada Masa Nikah, Itu Lebih Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Bukan Pilihan Kedua, Abang Kahwin Baru Cari Saya" - Adik Syafiq Kyle Terkejut Pengikut IG Bertambah
ARTIKEL BERKAITAN:Dah Dapat Syafiq Kyle, Mimi Lana Minta Netizen Kenal Dengan Adiknya “Ada Seorang Lagi Yang Macam…”ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Titip Doa Buat Syafiq Kyle & Mimi Lana – “Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah”
Terdahulu, teraju utama drama bersiri One Cen Thief ini mencuri perhatian apabila memuat naik foto merakamkan tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di Instagram.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas Syafiq dan Mimi memuat naik foto pernikahan mereka di platform yang sama.
Dengan sekali lafaz, Syafiq dan Mimi telah disahkan bergelar suami isteri pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Difahamkan majlis tersebut telah dilaksanakan secara tertutup di The Petrichor Taiping dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat sahaja.