Laman Utama
Syafiq Sifatkan Syamsul Abang Yang Tabah! - "Apa Pun Masalah, Kerja Dia Mesti Siap"
Sutradara popular Syafiq Yusof menyifatkan abangnya, Syamsul Yusof seorang individu yang tabah dan kuat semangat.
Biar dihenyak pelbagai kontroversi, masalah dan kisah sensasi, Syamsul akan tetap mengutamakan tugasnya dan tidak sesekali berputus asa.
"Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah… macam ayah kami. Apa pun masalah, kerja dia mesti siap dan saya percaya dia mampu kendalikan," kata Syafiq kepada Gempak.
Syafiq ditemui selepas majlis pelancaran dan prebiu drama bersiri arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di ibu kota pada Khamis.
Justeru, Syafiq berharap agar orang ramai berhenti untuk terus mencetuskan spekulasi tidak benar yang memburukkan lagi keadaan tentang keluarganya.
"Saya harap netizen tak buat andaian yang bukan-bukan. Saya juga harap isu ini selesai cepat dan tak nak hal peribadi keluarga ini terus menjadi bualan ramai.
"Tiada apa yang saya dapat katakan. Cuma, mahu mendoakan kebahagiaan dan ketenangan ibu bapa dan keluarga," katanya.
Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video