Pelawak dan pelakon Sharif Zero melahirkan rasa syukur dengan penerimaan penonton terhadap filem Syif Malam Raya.

Menurut Sharif, dia tidak menyangka Syif Malam Raya mendapat kutipan RM 1.6 juta dalam masa empat hari tayangan di Astro First.

“Saya tak sangka rupa-rupanya dalam tempoh kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih ramai yang menyokong kami semua.

“Saya rasa inilah filem pertama yang saya berlakon mencecah jumlah tersebut. Saya rasa macam Malaysia menghargai kami. Terima kasih banyak-banyak.

“Dan ini pun sebahagiannya adalah penyokong-penyokong Asif, Syahmi dan Yoe. Penangan dan impak mereka memang gila-gila!


“Ditambah pula dengan peminat-peminat Reen Rahim dan juga pelakon otai-otai kita,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Terbaru, Syif Malam Raya berjaya mencatatkan RM3 juta dalam tempoh 10 hari tayangan.

Selain Sharif, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Syaiful, Syahmi, Asif, Yoe, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.