Ramai peminat menyedari perubahan imej penyanyi popular Indonesia, Syahrini yang kini selesa mengenakan hijab.

Seiring imej tersebut, penyanyi Kau Yang Memilih Aku ini juga dilaporkan sedang berusaha meningkatkan ibadah dan tidak terlalu memikirkan urusan dunia.

"Allah SWT boleh menarik bila-bila masa sahaja segala nikmat yang kita peroleh kalau kita tak bertakwa dan tidak diiringi ibadah.

"Jadi, saya sekarang mahu mencari kebaikan untuk akhirat, pasti Allah kasihi dunia saya, kita semua akan ke kehidupan yang abadi di akhirat," katanya seperti yang dipetik dari yahoo!berita (Indonesia).

Dalam pada itu, Syahrini juga bersyukur kerana dapat melalui proses hijrah bersama suaminya, Reino Barack.

"Saya mahu mengejar akhirat sambil beribadah dengan suami, hijrah bersendirian itu agak berat.

"Kalau sama-sama berhijrah seperti sekarang, suami tekun ibadahnya dan sama-sama belajar.

Justeru, penyanyi yang terkenal dengan gaya hidup mewah sebelum ini itu juga meminta orang ramai mendoakan agar proses hijrahnya istiqamah.

"Saya sedang belajar memakai hijab, mudah-mudahan istiqamah, doakan ya," akhirinya.