Hiburan
Syahrini Malu Besar, Jatuh Tersungkur Terpijak Gaun
Penyanyi Indonesia, Syahrini, 34, terpaksa menangung malu apabila jatuh tersungkur di khalayak ramai akibat terpijak gaunnya yang labuh.
Insiden tersebut berlaku semalam (Isnin) sebaik saja dia selesai membuat persembahan di sebuah majlis di Pulau Bali dan dirakamkan salah seorang wakil pihak pengurusannya secara tidak sengaja.
Video itu menunjukkan Syahrini yang memakai gaun labuh beserta kasut tumit tinggi sedang berjalan dan begitu teruja menyapa beberapa orang yang berselisih dengannya sebelum tergelincir dan tersungkur di hadapan mereka.
Syahrini yang terkejut sempat berpaut pada lengan seorang lelaki untuk mengelakkan kepalanya terhantuk di bahagian lantai.
Pelantun lagu Kau Yang Memilih Aku ini kemudiannya turut dibantu oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian untuk kembali berdiri.
Bagaimanapun selepas kejadian itu, Syahrini kemudiannya turut memuatnaik video insiden berkenaan di akaun Instagramnya.
Selain itu, Syahrini juga tidak ketinggalan memuatnaik foto baju tersebut dengan kasyen, “About Last Nite!”.
Sehingga kini ruangan komen Syahrini dipenuhi dengan usikan peminat kepadanya.
Antaranya:
Andrianaaprilia: Hihiihi ketawa saya melihat video jatuh itu ketika memakai gaun cantik ini.
Ennabudiarsih: Lihat anda jatuh sewaktu memakai gaun ini, saya ketawa. Rasa lucu tapi semangat kakak untuk terus berjalan buat saya kagum. I Love you @princessyahrini
inimah_nenkdian: Ya ampun, kak sering terjatuh, apakah kerana sepatu yang licin atau baju yang berat dan meleret? Hati-hati ya kak.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video