Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak
Maliah Surip
02/08/2024 03:55 MYT
02/08/2024 03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.
Tambah manis apabila buah hati pertama yang masih dirahsiakan wajahnya itu berkongsi tarikh lahir dengan Syahrini iaitu 1 Ogos.
Tambah manis apabila buah hati pertama yang masih dirahsiakan wajahnya itu berkongsi tarikh lahir dengan Syahrini iaitu 1 Ogos.
Anak sulung
Syahrini mengumumkan sudah melahirkan bayi yang dijangka perempuan berdasarkan warna merah jambu pada foto yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini Sahkan Hamil Lepas 5 Tahun Kahwin, Tayang Perut Memboyot
ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan Macam Puteri Makanan ‘Diterbang’ Khas Dari Indonesia, Badan Syahrini Naik 18 Kilogram
ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini Mahu Kejar Akhirat - "Allah Boleh Tarik Nikmat Bila-Bila Masa"
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Bisa Diungkap Dengan Kata-Kata” - Syahrini Pulang Ke Kampung Suami Menaiki Pesawat Peribadi
ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini Diperiksa Sebagai Saksi Terkait Kasus Hoax Video Asusila
"Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami. Penantian yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izin Mu.
“Terima kasih untuk suami ku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood imam terbaik,” tulis Syahrini.
Penyanyi dan pengusaha kaya itu bernikah di Jepun pada Februari 2019.