Selebriti terkenal Indonesia, Syahrini sedang berbahagia kerana hamil anak sulung hasil perkahwinan bersama Reino Barack.

Ini merupakan kehamilan pertama Syahrini selepas empat tahun menjadi isteri dan berehat daripada dunia seni.

Syahrini menetap di Singapura

Selepas mengumumkan kehamilannya baru-baru ini, Syahrini yang kini menetap di Singapura semakin terbuka memberi khabar dan perkembangan terkini mengenai dirinya.

Terbaharu, wanita berusia 43 tahun tersebut memberitahu mengalami penambahan berat badan yang agak banyak.

Syahrini mengaku naik 18 kilogram sepanjang usia kehamilan masuk enam bulan.

“Mulai penat kerana berat badan naik 18 kilogram,” tulis Syahrini pada kapsyen di akaun Instagramnya.

Malah Reino juga sentiasa berjaga-jaga dengan menyediakan kerusi roda buat isteri tercinta sewaktu keluar.

Sementara itu adik Syahrini, Aisyahrani memaklumkan kakaknya juga mula mengidam dan mereka akan berusaha menghantar makanan Indonesia yang diinginkan ke Singapura.

“Dia mahu masakan mak atau Sunda. Jadi kami kena bersedia sentiasa untuk menghantar makanan ke Singapura kalau dia minta,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.com.


Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.