Pelakon Rozita Che Wan meminta pengikutnya supaya tidak terpedaya dengan tipu-helah individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambarnya untuk melariskan produk jualan mereka.

Menerusi akaun Instagramnya, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menjelaskan tidak pernah terbabit dengan mana-mana perniagaan produk kurusz

“Syaitan mana yang menipu sangat ni! Minta perhatian! Kami tak pernah minum jus beruk ni pun untuk kurus!

“Jus korang tak laku sampai terpaksa menipu nak sentil gambar aku,” tulisnya.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam pada itu, Che Ta juga mengingatkan pengikutnya supaya tidak tertipu dengan iklan palsu produk-produk tidak terkenal yang menggunakan gambarnya.

“Kalau artis tu sendiri tak post produk yang dia guna, anda yang tertipu tau dengan produk-produk tak laku yang sampai terpaksa menipu.

“Video kami ini tengah bercerita fasal produk kami sendiri, depa EDIT, depa promote produk depa! Cari makan cara keji sangat ni!” jelasnya.

Terdahulu, Che Ta memuat naik tangkap layar iklan produk menguruskan badan yang memaparkan wajahnya sekaligus menafikan perkara itu.