Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syamim Farid Tolak Watak Daring, Melampau

Kamaruddin Razal
13/03/2020 11:19 MYT
Statusnya sebagai seorang isteri membuatkan pelakon Che Puan Syamim Farid sentiasa mengutamakan batasan dalam kerjaya.

Berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Datuk Ardy Esfandiari Al-Haj, Syamim enggan membawakan watak yang terlalu daring.

"Selepas berkahwin pada Mac 2016, saya berehat selama satu tahun untuk menumpukan perhatian kepada suami dan selepas itu, saya mula kembali aktif dalam dunia hiburan.

"Tetapi, saya mengutamakan batasan dan sentiasa menjaga status saya sebagai seorang isteri. Saya tak kisah untuk membawakan watak antagonis, tetapi semua ada had.

"Jika saya rasakan ada babak melampau yang perlu dijayakan atau ditawarkan membawa watak yang terlalu daring, saya akan menolaknya dengan baik.

"Alhamdulillah, setakat ini semua produksi memahami pendirian saya dan saya bersyukur dengan perkara terbabit," katanya.

Dalam pada itu, bekas naib juara Dewi Remaja 2015 ini juga bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang minat Syamim dalam bidang lakonan.

"Saya bersyukur kerana suami memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Saya memilih untuk terus bekerja biarpun selepas berkahwin kerana sudah terbiasa.

"Dia sangat baik, kadnag-kadang dia yang memberikan komen mengenai lakonan saya. Kadang-kadang, saya yang rasa bersalah kerana terpaksa menghabiskan masa di lokasi penggambaran," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Syamim, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran di Astro Prima dan Prima HD setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.

Drama bersiri Dua Takdir Cinta turut boleh ditonton menerusi telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#pelakon #Pelakon #Syamim Farid #Watak Daring