Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syamimia Mohon Hentikan Fitnah, Pergi Bercuti Tapi Diperli - “Segerombolan Lelaki Panggil Saya Isra**”

Mya Amri
14/12/2023 00:05 MYT
Personaliti media sosial, Syamimia memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan fitnah berkenaan isu kontroversi Palestin yang melanda dirinya sebelum ini.

Syamimia menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya menjelaskan isu tersebut memberikan kesan terhadap dirinya sehingga diperli sewaktu bercuti.

“Jangan fitnah saya lagi. Saya lihat ratusan video tentang Gaza. Saya rasa sedih walaupun tak terlihat oleh mata manusia. Saya rasa sakit walaupun tak terlihat ‘repost’ di media sosial.

“Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelaki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.

“Sebulan sudah saya menyepi. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suara saya tidak lagi ‘valid’ dan mahu didengari oleh bangsa saya sendiri,” coretnya.

BERITA TRENDING: Isu Palestin, Syamimia Hilang Ratusan Ribu Pengikut di TikTok - “Sebagai Pengajaran Untuk Masa Depan”

Menerusi hantaran yang sama, Syamimia juga menjelaskan video tular yang melibatkan kenyataannya berkenaan konflik di Gaza itu sebenarnya telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak pernah berkata saya neutral dan menyokong Israel di sebuah video LIVE permohonan maaf saya bulan lalu.

“Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang ‘penting’ sahaja untuk dijadikan sebuah cerita.

“‘Saya minta maaf pada yang terasa hati, menyangka saya menyokong Israel neutral duduk tengah-tengah tak sokong Palestine’, saya cuba habiskan ayat ini dalam keadaan gemuruh bertemankan suami di sebelah saya.

“Di dalam video empat minit juga saya berkata, ‘Saya bersama saudara saya di Palestine’ berserta bendera Palestine walaupun kecil nilainya di mata manusia.

“Saya mohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti sebarkan fitnah yang mengatakan saya menyokong Israel, duta Israel, neutral, mencemarkan imej saya,” jelasnya.

Berikut merupakan kenyataan penuh Syamimia:

A post shared by Nur Syamimia (@syamimia_)

Terdahulu, Syamimia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu ini di media sosial.

Menurut Syamimia, dia mempunyai hasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.

BERITA TRENDING: Syamimia Dikecam Enggan Kongsi Kesedaran Isu Palestin Di Media Sosial

Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

Syamimia bagaimanapun menerusi siaran langsung memohon maaf secara terbuka atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tergores hati.

#Kontroversi #Mohon Maaf #Israel #Palestin #Gaza #diperli #Syamimia
;