Laman Utama
Kos Ratusan Ribu Ringgit, Ini Fakta Menarik Tentang Album Sulung Dolla New Classic!
Selepas empat tahun, girl group popular Dolla akhirnya muncul dengan album sulung mereka yang diberi judul New Classic.
Selain menampilkan ciri-ciri minimalis untuk rekaan digital, album yang menampilkan tujuh buah lagu dengan 95% lirik berbahasa Inggeris, album ini juga menariknya telah mendapat sentuhan daripada beberapa komposer antarabangsa.
Nak tahu lebih lanjut, jom semak fakta menarik tentang album Dolla!
BERITA TRENDING: Universal Malaysia Bersikap Neutral Isu Palestin, Harap Orang Ramai Tak Boikot Artis
1. Kolaborasi Bersama Produser Muzik AntarabangsaDalam Album ini, Dolla telah berkolaborasi dengan produser muzik antarabangsa iaitu Hyuk Shin yang mana pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Justin Bieber, NCT dan Girl’s Generation.
2. Produksi Thailand Terlibat Dalam Video Muzik
Video muzik bagi lagu Classic telah melibatkan produksi dari negara Thailand yang berjaya mengeluarkan hasil video berkualiti setaraf antarabangsa
3. Elemen Air Sebagai Simbol Perbezaan Bagi Setiap Lagu
Terdapat elemen air pada tajuk ‘cover’ lagu yang dikeluarkan. Menurut Dolla sendiri, elemen itu menjadi simbol tentang perbezaan setiap lagu di dalam album yang berbeza-beza dari segi rentak dan nyanyian.
4. Ambil Masa Lebih Setahun Untuk Disiapkan
Album pertama Dolla difahamkan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan mempersembahkan tujuh lagu iaitu Classic, Damelo, Masa, Drip, Best Side, Bo$$ Up dan Damelo (English Version).
5. Kos Album Mencecah Ratusan Ribu
Pengarah A&R dan Pemasaran serta Ketua Def Jam Malaysia, Hermond Cheng mendedahkan kos untuk album mencecah ratusan ribu. Penghasilan video muzik dan sebagainya turut termasuk dalam kos tersebut.
Untuk info, Kumpulan Dolla telah ditubuhkan pada tahun 2019 yang dianggotai Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya.
Must-Watch Video