,
Terkini

“Rancangan Mendirikan Rumah Tangga Antara Faktor Pengunduran Syasya Daripada DOLLA” – Pengarah Urusan Universal Music Malaysia

Firdaus
21/04/2024
08:41 MYT
Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan DOLLA, Universal Music Malaysia berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.
Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada DOLLA.

Akur

"Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.
"Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.
"Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama DOLLA," katanya.
Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang tersebar.

Spekulasi

"Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasyaakan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
"Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terusmenyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.
Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.
Dalam perkembangan lain, DOLLA berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.
Menariknya, aksi lincah DOLLA ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal Sudah Mendirikan Rumah Tangga?

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Sokong Jika Syasya Mahu Berhijab - “I Will Continue Supporting Her”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Unitar