Pelakon Fauzi Nawawi bersama isteri Lisdawati menerima menantu apabila anak sulung kepada Fauzi hasil perkahwinannya sebelum ini, Nurul Hainil Fatihah selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu.



Terbaru, Fauzi dan Lisdawati berkongsi gambar-gambar di sekitar majlis menyambut menantu yang diadakan di sebelah pihak lelaki di Instagram milik masing-masing.

"Alhamdulillah sempena hari merdeka tahun ini bertambah seorang lagi ahli keluarga saya dan semakin Panjang tali silatulrahim kami dengan kemunculan SYAWAL.

"‘Saya tak perlu lagi tunggu raya Baru nak celebrates... syawal Menantu bapak.' (petikan dialogue dari filem Allahyarham Tan seri P Ramlee) Macam cerita apa tu?" tulisnya secara berseloroh tapi pada masa yang sama bersyukur dengan bertambahnya ahli keluarga mereka.

Alhamdulillah sempena hari merdeka tahun ini bertambah seorang lagi Ahli keluarga Saya dan semakin Panjang tali silatulrahim kami dengan kemunculan SYAWAL ‘Saya tak perlu lagi tunggu raya Baru nak celebrates ???? ... syawal Menantu bapak...... (petikan dialogue dari filem Allahyarham Tan seri P Ramlee ??? macam cerita apa tu ???

A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi2020) on


Lisdawati turut berkongsi gambar-gambar ketika majlis bersanding di sebelah pihak lelaki di Instagram miliknya.

"Ini adalah gambar 3 generasi. My mom (opah) @unihajahrisda, Me mama vogue hahaha, My daughter 25th (Pengantin) anak sulung @fauzinawawi2020 dan my daughter 12th anak sulung kandung @ainifaryhana08," kongsi Lisdawati.

Ok ok ni last sy post , hahahha Ini adalah gambar 3 generasi. My mom (opah) @unihajahrisda Me mama vogue hahaha My daughter 25th ( Pengantin) anak sulung @fauzinawawi2020 My daughter 12th anak sulung kandung @ainifaryhana08 . . #alhamdulillah #luvmyfamily @sofearose_hq

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on


Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi daripada perkahwinan terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.