Hiburan
Syif Malam Raya, Terharu Bila Reen Rahim Jaga Yoe Parey Macam Adik Sendiri
Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun mood raya masih lagi diteruskan dengan menonton filem Syif Malam Raya.
Dengan barisan pelakon best antaranya Syahmi, Asif, Yoe, Atu, Sharif, Syaiful, Reen Rahim, Azlee Senario, Saiful Apek dan Daniel Lawak Solo ternyata berjaya mencuit hati penonton.
Disebalik kelucuan turut diselitkan juga nilai-nilai murni yang ditunjukkan dalam filem berkenaan.
Salah satunya adalah lakonan Reen Rahim yang memainkan watak Mira iaitu kakak kepada Yoe Parey.
Terharu apabila melihat kasih-sayang dan cara layanan yang diberikan Reen kepada Yoe sudah seperti adik sendiri.
Senyuman dan cara percakapan terutamanya membuatkan penonton berasa terharu.
Jadi kepada anda yang ingin melihat gelagat mereka, jangan lupa untuk melanggan filem Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Must-Watch Video