"Syok Juga Jadi 'Jahat'..." - Tiz Zaqyah

Kamaruddin Razal
Disember 3, 2019 21:39 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah seronok apabila katakter antagonis yang dibawanya mendapat perhatian ramai.
Menjayakan watak Lina dalam drama bersiri Setelahku Dimiliki, Tiz mengakui ia berbeza berbanding watak yang dibawanya sebelum ini.
"Selalunya saya diberi watak wanita yang baik atau karakter air mata. Namun begitu, watak Lina sangat berbeza.
"Jarang saya membawakan watak antagonis. Membaca maklum balas peminat, rata-rata menyampah dengan Lina.
"Syok juga jadi jahat dalam sesebuah naskhah. Selepas ini, saya bersedia untuk menerima watak antagonis lain bagi memeriahkan portfolio lakonan saya sebagai anak seni," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tiz baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Izrail Memanggil arahan Zamri Zakaria.
"Saya memegang watak Shaz, seorang wanita berpewatakan urban. Dia seorang wanita yang terkena ilmu hitam.
"Sukar sebenarnya untuk membawakan watak ini sebab saya sendiri tak pernah melalui pengalaman itu. Tetapi saya mencuba sehabis baik untuk mejayakan karakter Shaz," katanya.
Izrail Memanggil yang diterbitkan oleh Mind Eyes Prod Sdn Bhd turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Iswan Ismail, Farhan Asri, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
#pelakon #Pelakon #Tiz Zaqyah