Hiburan
SYOK Ramadan Menampilkan 'Hikmah' Serta Banyak Pengisian Menarik Untuk Menemani Bulan Puasa Anda!
Sepanjang bulan Ramadan, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi dan Rasul dengan siri Hikmah, SYOKcast (podcast) terbaharu sepanjang Ramadan, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.
Hikmah menampilkan keindahan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya dalam menyusuri ranjau dan duri memperjuangkan dakwah Islam menerusi pengalaman audio.
Siri SYOKcast santai ini bertujuan menjadi ‘teman Ramadan’ kepada masyarakat Muslim dengan kisah-kisah teladan yang pastinya memberi pengajaran dan menggamit hati. Selain itu, siri bermanfaat ini dapat menanamkan keazaman untuk sentiasa memperbaiki diri, meluruskan niat serta menguatkan tekad agar menjadi Muslim yang diberkati di dunia dan di akhirat.
Hikmah terdiri daripada sepuluh episod yang akan disediakan bermula 24 April 2020.
Ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As'ari, pakar industri komunikasi dan video, Hikmah juga akan disuarakan oleh personaliti-personaliti AWANI dan Astro Radio.
Sebagai tambahan pada bulan Ramadan, anda juga boleh menikmati pengisian Puasa Sana Sini dan Zon Solat di SYOK!
Ikuti perjalanan sahabat-sahabat Muslim di Malaysia dan luar negara dalam menjalani keindahan ibadah berpuasa dalam situasi mencabar seperti wabak COVID-19 di Puasa Sana Sini.
Siri Puasa Sana Sini terdiri daripada tiga episod yang menceritakan perjalanan berpuasa daripada pelajar-pelajar di Malaysia dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara ketika seluruh negara sedang dilanda ujian.
Episod-episod Puasa Sana Sini boleh ditonton setiap Jumaat bermula 1 Mei di aplikasi dan laman web SYOK.
Zon Solat pula memberikan panduan waktu solat dan membantu pengguna mencari arah kiblat.
Peminat-peminat SYOK boleh menerokai fungsi Zon Solat dan fungsi ini dapat diaktifkan serta dinyahaktifkan dengan mudah di aplikasi SYOK.
Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi SYOK atau layari syok.my
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Must-Watch Video