Pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah selamat melahirkan cahaya mata kedua bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada pukul 6:10 pagi tadi.

Baca: “Bila Dah Bersalin Nanti Mesti Rindu…”- Hamil 9 Bulan, Bella Astilah Timang Anak Kedua Tak Lama Lagi

Baca: Aliff Aziz, Bella Astillah Bakal Timang Bayi Perempuan, Jangka Bersalin Julai Depan, Tahniah!

Bella yang rujuk kembali bersama suaminya Aliff berkongsi berita gembira tersebut di Instagram miliknya dengan satu gambar bersama cahaya mata yang baru lahir.



"Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yayy, it’s our first wefieee!

"Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah. Abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah," merujuk tempoh kelahiran anak pertama dan keduanya.

Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella ?? Yayy, it’s our first wefieee?? . . Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah ??❤️ (abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah ?)

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on


Bella yang bercerai dengan Aliff pada tahun lalu tetapi merujuk kembali kini mempunyai sepasang cahaya mata. Anak mereka yang pertama, Mohamed Ayden Adrean kini berumur 3 tahun. Kami di Gempak mengucapkan tahniah dan semoga terus berbahagia bersama keluarga tercinta.