Hiburan
"Syukur Allah Izinkan Saya Tengok Anak Membesar" - Aaron Aziz Buat TikTok Kenalkan Anak! Cute!
Ramai yang mengetahui bahawa Aaron Aziz antara pelakon yang kerap berkongsi kisah bersama keluarganya di media sosial.
Sifatnya itu membuatkan pengikut dan peminatnya di media sosial menjadi lebih rapat kerana bukan sahaja mereka mengenali Aaron sebagai seorang pelakon, tetapi juga sebagai seorang suami kepada isteri dan bapa kepada anak-anak.
Terbaru, Aaron menggunakan aplikasi TikTok untuk bercerita ringkas tentang tiga orang anaknya itu.
"My first princess @dwiarianaaaron dah besar. How time flies. Alhamdulillah syukur ALLAH izinkan saya tengok anak membesar.
May ALLAH bless me long life to see her through life. Ameen," doa Aaron.
Sehari kemudiannya, Aaron memuat naik satu lagi TikTok, dan kali ini bersama dengan anak bungsunya.
"Kakak dia buat so Adik pun buat. My youngest princess pulak. Cepat nya masa berlalu.
"May ALLAH grant us all parents long life to see our kids grow up to be good Muslims. Ameen," doa Aaron lagi.
Terkini, Aaron memuat naik pula satu TikTok bersama satu-satunya anak lelakinya.
"Okay ni Abg pulak @danishanaqiaaron time baca Quran kat dia masa he was 8 months old. Now dah 16 yrs old.
MasyaAllah. May ALLAH grant us all long life to see all our kids grow. Ameen," tulis Aaron yang sentiasa berdoa untuk keluarga mereka.
Pada tahun 2017, Aaron dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota pahang yang Dihormati yang membawa gelaran Dato'.
Beliau berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada tahun 2003 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Must-Watch Video