“Syukur Berada Di Sisi Arwah Hingga Nafas Terakhirnya”- Jehan Miskin

Mya Amri
November 19, 2018 10:12 MYT
Pelakon Jehan Miskin bersyukur berada di samping bapanya sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir.
Jehan menceritakan momen tersebut menerusi satu kenyataan di akaun Instagamnya pada Sabtu.
Menurut Jehan, bapanya merupakan seorang yang sangat berkarisma.
“Bapa kesayangan kami telah pun pergi mengadap ilahi. Kami akan mengingati setiap memori bersamanya.
“Arwah merupakan seorang yang mempunyai jati diri paling tinggi dan jujur yang saya pernah kenali.
“Bapa telah membentuk saya sehingga menjadi lelaki seperti hari ini dan tanpa dirinya, saya bukanlah siapa-siapa.
“Kami berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang berada di sisinya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang.
“Ini merupaka satu kenangan paling berharga yang saya tidak akan lupakan seumur hidup.
“Apa yang kami mohon adalah doa anda semua, sedekahkan Al-Fatihah supaya arwah tenang bersemadi di sana.
“Papa, kami menyayangimu sampai bila-bila. Terbang bebas sehingga kita bertemu lagi” tulisnya,
Terdahulu, bapa Jehan, Miskin Pakir Mohamad, 78, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pada Jumaat.
Foto: Instagram @jehan_miskin
#pelakon #Pelakon #Meninggal #Dunia #Jehan Miskin