Laman Utama
“Syukur Saya Dapat Bertemu Bella…”- Ras Adiba Radzi Tuntut Keadilan #JusticeForBella
Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi berpeluang bertemu secara maya anak istimewa Bella yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia akan kisah menyayat hati kerana didakwa telah didera.
Ras Adiba Radzi berharap semangat remaja yang berusia 13 tahun itu akan pulih dan bertanggungjawab untuk melindungi Bella yang didakwa telah didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.
“Syukur saya dapat bertemu Bella sungguhpun secara maya. Tidak selamat untuk kami bertemu ketika ini kerana keadaan pandemik yang menimpa negara kita, justeru saya menghubungi anak ini untuk bertanya khabar.
Advertisement
“Semoga Yang Esa pulihkan semangat anak ini dan agar beliau kembali mempercayai akan seorang yang bernama manusia.
“Bella anak OKU, anak istimewa dan seperti anak-anak yang lain, tanggungjawab kita adalah untuk lindungi mereka, bukan sebaliknya.
“Moga pihak PDRM akan membawa mereka yang menganiayai Bella ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya.
Ras Adiba berkongsi perkara tersebut dengan sedutan video ketika menghubungi Bella di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi panggilan video itu, Bella kelihatan malu dan keadaan fizikalnya semakin pulih.
Ras sebelum ini dalam kemas kini di IG memberitahu dia bakal menuntut keadilan buat Bella.
“Tiada siapa yang punyai hak melakukan di kau sebegitu Bella, tiada siapa. Namun sebentar sahaja lagi, sebentar sahaja.
“Akan dibawalah ke muka keadilan dia yang memperlakukan dirimu sebegitu, siapa yang tidak berhati perut itu, dan yang sangka dirinya tidak akan ditemui?
“Sebentar sahaja lagi Bella, seketika sahaja lagi. Kerana setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya kan jatuh ke tanah jua.
“Setiap airmata Bella jatuh, setiap itulah airmatanya saya sambut,” tegasnya.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.
Kisah menyayat hati ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.
Bagaimanapun, Rumah Bonda telah pun disita dan hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella telah dilucutkan, melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan 5 Julai lalu.
Must-Watch Video