Belum habis berendam air mata selepas kematian suami, pelakon Anita Baharom diuji pula dengan kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee pada 6 Mei lalu.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, arwah ibunya meninggal dunia pada usia 74 tahun namun tidak mendedahkan punca kematian.
"innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk.
"Syurga Ita dah tak dak Mak.
"Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.. Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak.
"Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak," tulis Anita bersama beberapa keping foto.
Lebih sayu, Anita turut memuat naik foto kenangannya bersama arwah ibu sempena sambutan hari ibu pada Ahad.
Mengungkapkan rasa rindu terhadap kehilangan arwah, Anita turut berkongsi sepotong doa buat ibunya yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Jenazah ibunya telah dimandikan, disembahyangkan serta selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi Sabtu.
Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tersayang, Ismadi Ismail, 50, yang meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Amri Hassan
Sun May 08 2022

.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar
